Hari terbuka PI Kg. Semuba & Latihan Demonstrasi Kebakaran
28 April 2019 | Aktiviti TerkiniPusat Internet Kg. Semuba telah mengadakan majlis hari terbuka pada 27 April 2019 iaitu pada hari Sabtu. Majlis ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim di antara staf dan komuniti Kg. Semuba. Selain itu, ia juga untuk mempromosikan perkhidmatan yang disediakan oleh Pusat Internet dan meningkatkan pengetahuan komuniti tentang kemudahan yang terdapat di Pusat Internet.
Antara aktiviti yang dijalankan pada hari tersebut adalah Taklimat dan Latihan Demonstrasi Kebakaran dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Pasir Mas. Taklimat dan latihan ini dijalankan adalah bertujuan untuk memberi kesedaran kepada komuniti tentang langkah-langkah yang perlu diambil sekiranya berlaku kebakaran. Pelbagai aktiviti lain juga turut diadakan seperti puzzle KDB, pertandingan poster digital, pertandingan kuiz matematik dan sebagainya untuk pelajar sekolah rendah dan menengah .
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: